Kepada semua pembaca blog ini,
Ruqyah merupakan terapi kejiwaan mengikut lunas-lunas islam.
Kepada yang terasa dirinya seperti masalah berikut, cubalah rawatan yang saya perkenalkan ini:
- Hubungan keluarga yang terganggu
- Sering bergaduh suami dan isteri
- Anak yang tidak mendengar kata
- Terkena sihir
- Penyakit mental
- Bodoh atau lembab
- kurang bersemangat
- Sering gagal dalam apa jua bidang yang diceburi
- Wanita yang ingin cantik di mata suami
- Suami yang ingin melembutkan isteri
- Rumah yang di huni oleh jin
- pergaduhan yang tiada punca ( jiran, adik beradik dan teman sepejabat)
Pengertian Ruqyah
Ruqyah secara amnya bermaksud jampi-jampi atau mantera.
Ruqyah terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-
~ Pertama :
Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari’at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar’iyah.
~ Kedua :
Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari’at Islam.
(Iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan).
Ruqyah secara syar’i ( Ruqyah Syar’iyah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.
Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama dan tidak mengandungi unsur kesyirikan.
Rasulullah SAW bersabda,
“Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik”
Syarat Ruqyah Syar’iyah
Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan 3 syarat iaitu :-
1 ~ Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran )
atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
2 ~ Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
3 ~ Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.
Ketentuan Dan Kepastian Meruqyah
Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan atau kepastian berikut :-
~ Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
~ Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
~ Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukang telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai serban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
~ Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
~ Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kuburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
~ Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.
No comments:
Post a Comment